Wednesday 3 August 2011

CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

BIL                              KANDUNGAN                                          MUKA SURAT

1.                     Sekilas Bicara                                                             2

2.                     Abstrak                                                                       3


3.                     Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu                   4


4.                     Fokus Kajian                                                               5


5.                     Objektif Kajian                                                             5


6.                     Objektif Khusus                                                           5


7.                     Kumpulan Sasaran                                                      5


8.                     Pelaksanaan Kajian                                                     6 - 17


9.                     Cadangan Untuk Kajian Seterusnya                              17

10.                   Bibliografi                                                                    18


 
SEKILAS BICARA


Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya  
ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya,
maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini.

Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak
mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid pemulihan khas khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca dan melengkapkan.

Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar
SK. LKTP Tenggaroh Selatan, guru-guru Penolong Kanan serta guru- guru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini..

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka,
maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik , demi membantu murid-murid yang mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran asas membaca dan melengkapkan .

 
Wassalam.
 

      Mat Zaidi b. Dahlan
     ( GURU PEMULIHAN KHAS )
       SK. LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi
       2010

1.  Abstrak



Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv dalam matapelajaran bahasa Melayu Pemulihan Khas tahap 1 iaitu murid-murid pemulihan khas tahun 2 seramai 2 orang.
Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari. Pemerhatian ini khusus untuk melihat penguasaan anak-anak murid saya dalam mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.
Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari iaitu menggunakan bahan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan menyeronokkan yang memberikan respon yang sangat baik dari kumpulan sasaran yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT Bestari ini membolehkan murid mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai pembimbing. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa Melayu khususnya murid-murid Pemulihan Khas .

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

                 Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pemulihan Khas SK. Tenggaroh Selatan sejak tahun 2004 lagi, setiap tahun saya mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan. Beberapa cara telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan murid tahap satu yang belum menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan dengan baik terutamanya murid-murid pemulihan khas .

                Beberapa orang murid pemulihan yang berada dalam tahap satu langsung tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran membaca. Mereka sentiasa menjadi murid yang tersisih apabila berada di dalam kelas. Disebabkan mereka tidak pandai membaca walaupun suku kata yang paling mudah, guru mata pelajaran yang mengajar Bahasa Malaysia sukar untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia akibat daripada masalah tersebut.

                Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan sukukata dan mengecam sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula sukukata yang disebutkan.
Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka  mengingat semula suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata  awalan sebanyak sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal melengkapkan perkataan dengan baik.

               Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk murid-murid saya .
          

2. FOKUS KAJIAN

                        Murid pemulihan memang sangat bermasalah dalam mengenal perkataan-perkataan tertentu. Saya akan fokuskan kajian kali ini terhadap masalah mengeja,menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv. Antaranya murid tidak dapat mengecam bunyi  suku kata dan menyebut perkataan tersebut dengan tepat, mereka juga tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan dan akhiran. Akibat daripada itu, mereka juga tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut dengan baik.

                 Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan perisian powerpoint mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv , saya berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran  tersebut dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut :

i.             Objektif umum

·         Mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv

ii.            Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah agar

·         Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv supaya mereka dapat menyebut sukukata dengan betul.
·         murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv
·         Meningkatkan kebolehan murid menggunakan perisian powerpoint dalam menguasai kemahiran melengkapkan perkataan kvkv.
·         Guru dapat menguji keberkesanan perisian powerpoint yang dibina untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan khas dalam mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan Khas Tahun 2 , SK Tenggaroh Selatan.
5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1.       Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.

  • Pemerhatian
               Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid
               semasa proses  pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati 
               murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan
               tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul. Murid juga
               tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna
  • Ujian pra  ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 )
          Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
          mengesan  penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan
          diuji. Ujian ini mengandungi  24 perkataan kvkv bergambar  yang perlu
          dilengkapkan oleh murid .
  • Murid yang tidak dapat  melengkapkan kurang daripada 15 perkataan adalah terlibat dalam kajian ini.
  • Perkataan yang diuji    (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa  )
  • Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan murid berdasarkan gambar.  
         KEPUTUSAN UJIAN PRA.

Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan  dalam jadual 1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang demikian, saya telah membina bahan-bahan latihan secara interaktif dalam bentuk powerpoint bagi mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv bagi membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki  dengan lebih baik.

Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah

Kaedah IT Bestari
    
Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan perkataan kvkv ini, saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu murid murid menggunakan bahan latihan powerpoint yang telah saya bina khas untuk murid-murid pemulihan yang terlibat.

Aktiviti yang dijalankan
  Empat aktiviti yang dijalankan iaitu
a)    Nyanyi lagu sukukata dan perkataan
b)    Eja dan sebut perkataan
c)    Latihan interaktif sukukata perkataan kvkv
d)    Latihan melengkapkan perkataan interaktif.


Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata  dan perkataan.
Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010

     Cara pelaksanaan

    • Guru memaparkan senikata lagu .
    • Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut.
    • Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru.
    • Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan
    • Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan muzik
    • Guru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan berdasarkan lagu suku kata yang diberi.
    • Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk menyanyikan lagu tersebut.
 
Aktiviti 1

CONTOH LAGU SUKUKATA

ba   ba  ba  ba
be   be   be  be
bi   bi   bi  
bi   bi   bi
be   be   be   be   be  be
bu   bu   bu   bu   bu   bu
bo   bo   bo
bo   bo   bo

Tambahkan perkataan dibelakang bersama gambar

ba     ba     ba ju

be     be     be si
bi     bi      bi ru

bi     bi      bi ri

be    be    be    be      be  ca

bu    bu    bu    bu       bu   ku

bo     bo   la

bo     bo    la

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan perkataan lain

Refleksi dari aktiviti 1
Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok menyanyikan lagu sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk menyebut sukukata dan perkataan. Mereka juga dapat mengingat sukukata dan perkataan yang disebut. Penggunaan gambar perkataan dihujung lagu juga sedikit sebanyak dapat membantu murid mengingat perkataan kvkv yang digunakan. Pengukuhan dengan perkataan kvkv lain beserta dengan gambar dapat menambahkan lagi perkataan yang boleh diingati murid.

  Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan
 Tarikh  :  14 April hingga 17 April 2010

      Cara Pelaksanaan:

  • Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk mengeja dan membunyikan sukukata serta menyebut perkataan kvkv yang disediakan.
  • Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja dan menyebut sukuta akan kedengaran dan murid perlu mengikuti suara sukukata  dan perkataan tersebut

Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan

Refleksi dari aktiviti 2
Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan.  Murid dapat menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan murid mengeja dan menyebut dengan betul

Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan perkataan, isi
                 huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina guru
                 

Cara Pelaksanaan:

Murid menggunakan  bahan latihan interaktif powerpoint padan perkataan, mengisi  sukukata  awal dan akhir ,mengisi huruf tertinggal perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.

Gambar tidak dapat disertakan


Refleksi dari aktiviti 3
Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus menggunakan latihan powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat menjalankan aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir perkataan, padan perkataan dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini sedikit sebanyak membolehkan murid menguasai kemahiran menggunakan komputer dan dengan menggunakan hyperlink dalam powerpoint ini semakin menarik minat untuk murid terus belajar. Saya juga sangat teruja dengan perubahan sikap murid yang telah berminat untuk mengulangi latihan-latihan yang telah saya sediakan itu.
Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan perkataan kvkv
                  dengan betul.
Tarikh     :  4 Mei hinga 8 Mei 2010

      Cara Pelaksanaan:

·         Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
·         Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui nombor soalan yang diberi.

 Gambar tidak dapat disediakan

Refleksi dari aktiviti 4
Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan perkataan berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv. Disamping itu mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan latihan perpandukan komputer dan mereka dapat belajar menggunakan papan kekunci dan tetikus yang ada pada komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka bukan sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS
  • 1.  Ujian pos  ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 )
          Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
          Mengesan sejauh mana  keberkesanan aktiviti yang dijalankan
          dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang
          diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan 24    perkataan  kvkv yang  diberikan.
  • Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang daripada 20 perkataan adalah gagal dalam kajian ini.
  • Perkataan yang diuji    (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa  )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan perkataan murid berdasarkan gambar.


Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan  dalam jadual 2 diatas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya melengkapkan perkataan kvkv dan melepasi had yang ditetapkan



Penilaian dan refleksi
Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa Program IT Bestari yang saya bina menggunakan program perisian powerpoint khusus untuk murid pemulihan ini merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid  pemulihan khas untuk menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv.
            Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan  perkembangan murid pemulihan dalam mengenal perkataan kvkv dengan mudah. Mereka telah dapat melengkapkan perkataan kvkv dengan baik berdasarkan gambar ataupun secara lisan.
            Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan membina bahan-bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan yang lain pula. Saya juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga kewangan bagi membolehkan saya membina banyak lagi bahan-bahan seperti ini.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.
            Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkvk.
            Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif menggunakan aplikasi powerpoint yang telah saya pelajari sebaik mungkin....Insyaallah..

 





BIBLIOGRAFI


Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah penguasaan  3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd,

Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah  - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009
OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi baharu KBSR, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
                    
Pengolahan Persembahan, Microsoft Powerpoint 2007, http://www.webmediacenter.com


FORMAT PENULISAN PROPOSAL


KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

1.     Tajuk kajian

2.     Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap.

3.     Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.     Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

5.     Objektif Kajian/ Tujuan Kajian

6.     Kumpulan Sasaran

7.     Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan

8.     Bahan-Bahan Yang Di Perlukan

9.     Jadual Pelaksanaan Kajian




MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN FORMULA
PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS ”



Oleh:

Suhaili Binti Rahmat
SK Taman Perling,
Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,
81200 Johor Bahru, Johor







1.      REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab 2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi soalan berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri  mereka soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid  yang tahu tetapi majoritinya tidak pasti.

            Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih keliru. Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4 Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu. Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkah-langkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya tidak difahami oleh mereka.

            Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara yang mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan pendaraban 2 digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak mahu hafal sifir.

            Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat dan lemah dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan kemerosotan markah mereka.



2.      FOKUS KAJIAN

         Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit adalah kerana :
(a)    murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.
(b)   Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.
(c)     
         Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas menghafal sifir, keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa langkah-langkahnya disebabkan tidak  membuat latihan yang diberikan guru.

         Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa langkah-langkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.

         Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan dalam pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah  “Pistol dan Hammer on the stairs”. Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula hasil darab 2 digit.

        
3.      OBJEKTIF  KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

(i)                 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula pendaraban 2 digit bagi murid tahap 2.

(ii)               Objektif khusus
a   Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul menggunakan bentuk ”Pistol dan Hammer”.
b  Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit.
c  Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.



4.      KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada :
3 orang pelajar India
1 orang pelajar Cina
6 orang pelajar Melayu


5.     PELAKSANAAN KAJIAN

5.1    Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti berikut:
(i)                 Pemeriksaan buku sifir.
(ii)               Ujian Pra

         5.2   Analisis Tinjauan Masalah

     (i)  Pemeriksaan buku sifir

Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit. Antara soalan yang diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada 30.
Contoh soalan yang diberikan ialah:

a.       2321  X  12                 d.         5241  X  65
b.      1245  X  24                 e.         3282  X  97
c.       1437  X  38

                     Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut :
                                     Peratus markah  murid dalam soalan sifir
Markah
Bil murid
Peratus
Lulus (3-5 markah )
20
67%
Gagal (0-2 markah )
10
33%


(ii)   Ujian Pra

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa mendapat 0-2 markah di dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam mengira hasil darab 2 digit.   

     Analisis daripada ujian Pra.
Bil soalan betul
Bil muird
5
-
4
-
3
-
2
-
1
6  ( 60%)
0
  4   (40%)









Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:
(a)                penguasaan sifir yang kurang cekap.
(b)               Mendarab angka ”puluh” dahulu contohnya 305  x  24 (mereka mendarab 2 dahulu)
(c)                Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan kedua
            Contohnya :                 365

Kesilapan ditemui
 
                                            X   24
                                              1460
                                                730
                                              2190
(d)               Pengumpulan semula nombor yang salah.


5.3  Tindakan  yang dicadangkan 

Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan  mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik ”pistol dan hammer on the stairs” untuk mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:

(i)                 Aktiviti 1 :  Membina pistol dan hammer.
(ii)               Aktiviti 2 :  Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor 
                               dan menyesesaikannya)

5.4   Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

(i)                 Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer
Bahan :  gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas  
              transparent yang berlainan warna.

Langkah 1
*            Setiap murid akan menggunakan 4 kertas “transparent” yang berlainan warna.
*            Murid  akan  membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
*            Murid melakar “pistol” dan “hammer” menggunakan  2 kertas “transparent” yang berlainan warna.
*            Kemudian gunting.
                                         
                                   
                
Langkah 2
*            Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

                                         

Langkah 3
q   Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan “stairs” dan “answer box”.
q    Lubangkan bahagian tengah kotak.
                           
             

            
(ii)               Aktiviti 2 :  Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan  
 menyelesaikannya).

Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan menembak dan memahat pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkah-langkahnya ialah :

Langkah 1
*                   Guru  akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics sentences) untuk diselesaikan oleh murid.
             contoh:
                                     3 4 2  x  1 2  =  ?

*                  Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.
*                  Cara dan pengisian nombor :
            Letakkan “pistol” di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak “pistol” .
*                  Kemudian selesaikan jawapan.

              

Langkah 2
*                  Seterusnya, letakkan bentuk “hammer” pada kertas yang sama, bertindan dengan “pistol” .
*                  Mula mengisi nombor.
*                  Selesaikan jawapan.

            Nota:
            Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama telah diisi oleh bentuk “ pistol”.       
                                         
                                            

Langkah 3
*            Setelah jawapan “pistol” dan “hammer” dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk “stairs” untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.
contoh :                          jawapan “pistol”      =   684
                                  jawapan “hammer”  =   342

                    
                                            

Langkah 4
*            Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).
*            Cari hasil tambah bagi jawapan “pistol” dan “hammer”.
*            Isikan di dalam kotak jawapan.

         


6.        Bahan yang digunakan

Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

·         Gunting,
·         pisau lipat ,
·         pembaris ,
·         magik pen / pensil
·         kertas   A 4
·         transparent yang berlainan warna









7.         Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil
Aktiviti
Tempoh
Pelaksanaan
1
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
1 minggu
2
Menulis proposal kajian
2 minggu
3
Merancang tindakan – individu/kumpulan
1 minggu
4
Melaksanakan tindakan – aktiviti 1
1 minggu
5
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
2 minggu
6
Melaksanakan tindakan – aktiviti 2
1 minggu
7
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
2 minggu
8
Ujian untuk mengesan perubahan murid
1 minggu
9
Refleksi kajian
1 minggu
10
Menulis laporan kajian
2 minggu
11
Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah.
1 minggu



Disediakan oleh,
Jurulatih Utama
Kajian Tindakan Negeri Johor