Wednesday 3 August 2011

FORMAT PENULISAN PROPOSAL


KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)

1.     Tajuk kajian

2.     Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap.

3.     Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.     Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

5.     Objektif Kajian/ Tujuan Kajian

6.     Kumpulan Sasaran

7.     Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan

8.     Bahan-Bahan Yang Di Perlukan

9.     Jadual Pelaksanaan Kajian




MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN FORMULA
PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS ”



Oleh:

Suhaili Binti Rahmat
SK Taman Perling,
Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,
81200 Johor Bahru, Johor







1.      REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab 2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.

Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi soalan berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri  mereka soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid  yang tahu tetapi majoritinya tidak pasti.

            Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih keliru. Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4 Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu. Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkah-langkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya tidak difahami oleh mereka.

            Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara yang mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan pendaraban 2 digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak mahu hafal sifir.

            Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat dan lemah dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan kemerosotan markah mereka.



2.      FOKUS KAJIAN

         Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit adalah kerana :
(a)    murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.
(b)   Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.
(c)     
         Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas menghafal sifir, keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa langkah-langkahnya disebabkan tidak  membuat latihan yang diberikan guru.

         Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa langkah-langkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.

         Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan dalam pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah  “Pistol dan Hammer on the stairs”. Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula hasil darab 2 digit.

        
3.      OBJEKTIF  KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

(i)                 Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula pendaraban 2 digit bagi murid tahap 2.

(ii)               Objektif khusus
a   Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul menggunakan bentuk ”Pistol dan Hammer”.
b  Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit.
c  Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.



4.      KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada :
3 orang pelajar India
1 orang pelajar Cina
6 orang pelajar Melayu


5.     PELAKSANAAN KAJIAN

5.1    Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti berikut:
(i)                 Pemeriksaan buku sifir.
(ii)               Ujian Pra

         5.2   Analisis Tinjauan Masalah

     (i)  Pemeriksaan buku sifir

Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit. Antara soalan yang diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada 30.
Contoh soalan yang diberikan ialah:

a.       2321  X  12                 d.         5241  X  65
b.      1245  X  24                 e.         3282  X  97
c.       1437  X  38

                     Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut :
                                     Peratus markah  murid dalam soalan sifir
Markah
Bil murid
Peratus
Lulus (3-5 markah )
20
67%
Gagal (0-2 markah )
10
33%


(ii)   Ujian Pra

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa mendapat 0-2 markah di dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam mengira hasil darab 2 digit.   

     Analisis daripada ujian Pra.
Bil soalan betul
Bil muird
5
-
4
-
3
-
2
-
1
6  ( 60%)
0
  4   (40%)









Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:
(a)                penguasaan sifir yang kurang cekap.
(b)               Mendarab angka ”puluh” dahulu contohnya 305  x  24 (mereka mendarab 2 dahulu)
(c)                Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan kedua
            Contohnya :                 365

Kesilapan ditemui
 
                                            X   24
                                              1460
                                                730
                                              2190
(d)               Pengumpulan semula nombor yang salah.


5.3  Tindakan  yang dicadangkan 

Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan  mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik ”pistol dan hammer on the stairs” untuk mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:

(i)                 Aktiviti 1 :  Membina pistol dan hammer.
(ii)               Aktiviti 2 :  Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor 
                               dan menyesesaikannya)

5.4   Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

(i)                 Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer
Bahan :  gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas  
              transparent yang berlainan warna.

Langkah 1
*            Setiap murid akan menggunakan 4 kertas “transparent” yang berlainan warna.
*            Murid  akan  membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
*            Murid melakar “pistol” dan “hammer” menggunakan  2 kertas “transparent” yang berlainan warna.
*            Kemudian gunting.
                                         
                                   
                
Langkah 2
*            Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

                                         

Langkah 3
q   Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan “stairs” dan “answer box”.
q    Lubangkan bahagian tengah kotak.
                           
             

            
(ii)               Aktiviti 2 :  Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan  
 menyelesaikannya).

Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan menembak dan memahat pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkah-langkahnya ialah :

Langkah 1
*                   Guru  akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics sentences) untuk diselesaikan oleh murid.
             contoh:
                                     3 4 2  x  1 2  =  ?

*                  Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.
*                  Cara dan pengisian nombor :
            Letakkan “pistol” di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak “pistol” .
*                  Kemudian selesaikan jawapan.

              

Langkah 2
*                  Seterusnya, letakkan bentuk “hammer” pada kertas yang sama, bertindan dengan “pistol” .
*                  Mula mengisi nombor.
*                  Selesaikan jawapan.

            Nota:
            Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama telah diisi oleh bentuk “ pistol”.       
                                         
                                            

Langkah 3
*            Setelah jawapan “pistol” dan “hammer” dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk “stairs” untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.
contoh :                          jawapan “pistol”      =   684
                                  jawapan “hammer”  =   342

                    
                                            

Langkah 4
*            Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).
*            Cari hasil tambah bagi jawapan “pistol” dan “hammer”.
*            Isikan di dalam kotak jawapan.

         


6.        Bahan yang digunakan

Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

·         Gunting,
·         pisau lipat ,
·         pembaris ,
·         magik pen / pensil
·         kertas   A 4
·         transparent yang berlainan warna









7.         Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil
Aktiviti
Tempoh
Pelaksanaan
1
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
1 minggu
2
Menulis proposal kajian
2 minggu
3
Merancang tindakan – individu/kumpulan
1 minggu
4
Melaksanakan tindakan – aktiviti 1
1 minggu
5
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
2 minggu
6
Melaksanakan tindakan – aktiviti 2
1 minggu
7
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
2 minggu
8
Ujian untuk mengesan perubahan murid
1 minggu
9
Refleksi kajian
1 minggu
10
Menulis laporan kajian
2 minggu
11
Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah.
1 minggu



Disediakan oleh,
Jurulatih Utama
Kajian Tindakan Negeri Johor

4 comments:

  1. Tk kerana dapat panduan cara-cara menulis proposal kajian tindakan.

    ReplyDelete
  2. panduan yang bermanfaat...terima kasih

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Semoga diberi ganjaran oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  4. terima kasiih atas perkongsian ini

    ReplyDelete